Bubuh Bunga Cengkih Ketika Masak Nasi. Hasilnya Buat Ramai Ibu TERKEJUT

Al kisah seorang wanita terjatuh beberapa bunga cengkih dalam periuk nasi yang dimasak. Ingatkan biasa je, tapi tak sangka bila nasi masak je terjadi “sesuatu”.

PETUA YANG DITEMUI SECARA KEBETULAN

Al kisah zaman dahulu, ada seorang wanita terjatuh beberapa bunga cengkih dalam periuk nasi yang nak dimasak untuk keluarga.

Lepas masak dan satu keluarga makan, nasi tu tak abis dan dibiarkan atas dapur sampai esoknya.

Selalunya, keesokan paginya, nasi tersebut akan basi tapi anehnya nasi tu masih elok.

Dia pun rasa dan ternyata tidak basi. Lepas diingat-ingat kembali barulah perasan yang dia terjatuh beberapa butir bunga cengkih ketika masak nasik.

CARA BUAT NASI LAMBAT BASI

Ada masalah nasi cepat basi? Dah tukar macam-macam jenis beras pun masih cepat basi juga? Mungkin dah sampai masa untuk anda tukar periuk nasi kot.

Mesti runsing kan bila kena hadap masalah macam ni. Okay harini kai nak kongsikan dengan anda satu petua untuk mengelakkan nasi daripada cepat basi.

1. Ambil sedikit bunga cengkih lebih kurang dalam 2 hingga tiga tangkai bersama dengan secubit garam.

2. Kemudian campurkan ke dalam beras yang hendak dibasuh.

3. Basuh beras seperti biasa.

4. Tanak juga seperti biasa sehingga masak.

Hasilnya nanti anda akan dapat nasi yang wangi dan tahan lebih lama. Selamat mencuba. KONGSIKAN.

Sumber Ilham: myislam

Bunga Cengkih – Sejenis rempah yang berasal dari Pulau Moluku. Ia terdapat dengan banyaknya di Zanzibar, Madagascar dan Indonesia. Pokok jenis malar hijau yang wangi dan tumbuh setinggi 8 – 12m. Daun-daunnya berkeadaan lelembing dan bergagang pendek. Bunga-bunganya terhasil pada setiap hujung ranting. Kudup-kudup bunga dipetik sebelum ia sempat mengembang menjadi bunga.

Nama saintifik bagi bunga cengkih ialah Eugenia aromatica.

Pokok cengkih memerlukan iklim panas serta lembap dan hujan sebanyak 150 – 250mm. dan suhu 15� – 38�C.  Tanah yang paling sesuai baginya ialah tanah gembur yang mengandungi humas dan tanah laterit.

Cara pembiakannya ialah dengan menggunakan biji benih. Biasanya anak-anak benih ditanam 1.5 hingga 2 tahun di ladang dengan jarak 5m. antara pokok. Hasil yang pertama boleh dipungut apabila pokoknya berumur tujuh atau lapan tahun. Pokok cengkih akan terus mengeluarkan hasilnya sehingga umurnya 60 tahun atau mencapai 130 tahun. Biasanya hasil setiap tahun bagi satu pokok ialah 2.7 kg.

Bunga cengkih mengeluarkan aroma, digunakan sebagai rempah dalam beberapa jenis masakan dan ia boleh juga dimakan bersama daun sirih bagi menambah rasa manis dan lebih enak. Minyak cengkih digunakan dalam perusahaan membuat ubat-ubatan dan minyak wangi. Di sesetengah negara, cengkih dicampurkan dengan tembakau dalam rokok. – pnm.gov.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*